SURAT PANGGILAN DAN MINIT MESYUARAT 1

      லனாட்ரோன் தோட்டத் தமிழ்ப் பள்ளி
            SJK TAMIL LADANG LANADRON
           84500 PANCHOR, MUAR, JOHOR                          JBD 5084


                                                                                    
  Ruj.Kami :JBD5084/600-2/7/3/1/(1)
                                                                                     Tarikh     : 28.12.2010
Kepada

Semua Guru Lanadron, Palaniappa dan Craigielea.

Tuan,

MESYUARAT PANATIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2011

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup pertama akan diadakan seperti butiran berikut:

                         Tarikh    : 28 Disember 2010
                                     Masa     : 9.00-10.00 pagi
                                     Tempat  : Bilik Tahun 3

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :

2.1              Ucapan Pengerusi.
2.2              Ucapan Penasihat.
2.3              Perlantikan AJK Panitia
2.4              Laporan Analisis Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 Peperiksaan Akhir Tahun 2010 dan post mortem.
2.5              Perancangan Program Panitia Tahun 2011
2.6              Pencerapan guru dan buku latihan murid.
2.7              Hal-hal lain.
2.8              Penangguhan

3.Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN’

Saya yang menurut perintah,


.....................................               ................................               ...................................       

    (S.SITTARTINY)                          (M.SAHILA)                      (M.TURUVANGADAM)
PENGERUSI PANITIA                GPK PENTADBIRAN                   GURU BESAR


SJK TAMIL LADANG LANADRON
           84500 PANCHOR, MUAR, JOHOR.                              JBD 5084


MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 2011

Minit Mesyuarat Kali ke             : 1
Tarikh                                       : 28.12.2010
            Masa                                        : 9.00-10.00 pagi
Tempat                                     : Bilik Darjah Tahun 3
Pengerusi                                  : S.Sittartiny
Kehadiran                                  : Rujuk Lampiran
Bil.Tidak Hadir               :

1.                   Ucapan Pengerusi
1.1   Mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada Mesyuarat Panatia Kemahiran Hidup yang pertama.
1.2   Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memantapkan pengurusan Panatia Kemahiran Hidup.
1.3   Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat kerjasama dan menyumbang idea untuk kepentingan panatia.

Tindakan : Pengerusi Panatia
2.                   Ucapan Penasihat
2.1   Ucapan tahniah di atas kejayaan Panatia Kemahiran Hidup dalam segala Program Kecemerlangan KBSR sepanjang tahun 2010.
2.2   Diharap Panatia Kemahiran Hidup akan terus mengekalkan kecemerlangan dalam tahun 2011.             
Tindakan : GPK

3.                   Pengesahan Perlantikan AJK
3.1   Mesyuarat telah mengesahkan perlantikan bagi AJK Panatia Kemahiran Hidup dengan beberapa pindaan pada nama-nama AJK berikutan pindaan tugas guru dan jadual waktu.
3.2   Rujuk lampiran senarai AJK Panitia Mata Pelajaran.
                 
Tindakan  : Pengerusi

4.                   Laporan Analisis Audit Kurikulum Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Tahun 4 dan 5
4.1   Mengikut analisis yang dikemukakan dari setiausaha peperiksaan sekolah, secara kesimpulan dirumuskan bahawa peratus lulus bagi :
         
Tahun
Menguasai ABC (%)
GPS
Catatan
4
100
1.81
Cemerlang
5
87.5
2.29
Baik

          

                               
4.2   Secara keseluruhan, pencapaian adalah baik.
4.3   Pengerusi telah mengucapkan tahniah kepada semua guru Kemahiran Hidup tahun 2010.
4.4   Pengerusi berharap guru-guru akan mengekalkan tahap pencapaian matapelajaran Kemaharian Hidup pada tahun 2011.
4.5   Rujuk lampiran Analisis Audit Kurikulum 2010.
                                                                                                                                   
Tindakan  : Semua Guru Matapelajaran

5.                   Perancangan Strategik
5.1   Perancangan Strategik panitia telah dirangka berdasarkan analisis SWOT mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
5.2   Pelan Taktikal dan Pelan Operasi mestilah dirancang mengikut Program Kecemerlangan KBSR, Latihan Dalam Perkhidmatan.
5.3   AJK dikehendaki memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk merancang dan menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.
5.4   Pelan Operasi perlu disediakan setelah melaksanakan sebarang aktiviti yang dirancang dengan bahan bukti seperti gambar foto dsb.

Tindakan  : Pengerusi Panatia

6.                   Pemantauan/ Pencerapan P&P dan Buku Latihan
6.1   Pemantauan / pencerapan guru dan buku latihan murid adalah merujuk kepada Takwim.
6.2    Pencerapan akan dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam tahun ini.
6.3    Pengerusi mencadangkan guru-guru menggunakan Journal sebagai buku latihan   
 harian.      
Tindakan  : Pengerusi Panatia

7.                   Hal-Hal Lain
7.1   Guru-guru mesti menyediakan satu fail Sukatan Pelajaran, HSP dan Rancangan Tahunan. Rancangan tahunan mestilah dikemaskini untuk tahun ini.
7.2   Borang Biodata Guru dan Rekod Senarai Buku Rujukan Guru dan Murid yang telah diedarkan mestilah dipulangkan kepada Pihak Pengurusan panitia  dalam tempoh dua hari. 
7.3   LDP pertama iaitu Bengkel Penulisan Rancangan Harian akan diadakan pada 28 December di Induk pada jam 9.00pagi.
7.4   LDP kedua iaitu Bengkel Membuat Bahan Bantu Mengajar diadakan pada bulan Mac.
7.5   LDP ketiga iaitu Bengkel Kajian Tindakan diadakan pada bulan April.
7.6   Mesyuarat Panitia kedua tentang Membuat Kraf dengan bahan buangan akan diadakan pada minggu terakhir bulan Januari.
7.7   Mesyuarat Panitia ketiga tentang Membuat Buku Skrap akan diadakan pada minggu ketiga bulan April.
7.8   Guru-guru boleh mendapatkan ABM dengan mengisi borang peminjaman dan
      pemulangan di PSS.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan Oleh:

...........................
(S.SITTARTINY)
Pengerusi Panatia Kemahiran Hidup
Disahkan Oleh:

...........................
(PN.M.SAHILA )
GPK Pentadbiran SJKLL

Disemak Oleh:

...........................
(EN.M.TURUVANGADAM
Guru Besar SJKLL